Monday, February 02, 2015

Johor jual tanah ke kapitalis China ?! Tahniah !!!

Kenyataan Umum
21 Januari 2015

Tahniah Johor, Penganugerahan Tanah Kepada Konglomerat China Bukti Rakyat Johor Tidak Dianaktirikan

Kami Anak Muda Negara Johor merafak sembah tahniah ke bawah DYMM Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan bagi negara dan jajahan takluk Johor Darul Takzim di atas penganugerahan terus-terusan tanah-tanah kepada konglomerat dari Tanah Besar China. Sesungguhnya sebagai rakyat yang amat menjunjung titah dan kasih Tuanku, kami amatlah bergembira dengan kejayaan kita mendapatkan hasil bernilai RM 2.4 billion daripada penjualan 128 ekar tanah di Iskandar Waterfront kepada Greenland.

Daulat Tuanku,

Jun 2014 Kerajaan Negara Johor telahpun meluluskan satu enakmen yang dipanggil Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan satu tujuan agar rakyat negara Johor dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki. Tahniah juga kerana dengan adanya LPHJ ini, rakyat negara ini mampu untuk membeli rumah-rumah mampu milik di Saleng, Kelapa Sawit, Kong Kong dan Masai berbanding rumah mewah di sepanjang pesisiran Pantai Lido dan Stulang.

Rakyat negara Johor juga amatlah merasa bangga dengan kebanjiran banyak kondominium-kondominium mewah di sekitar Iskandar Malaysia yang dilengkapi juga dengan pelbagai taman tema seperti Legoland, Hello Kitty, Angry Bird dan yang terkini pula Greenland akan menyedekahkan Taman Tema Salji.

Sesungguhnya kami memang teramat gembira dengan cadangan Greenland menubuhkan Taman Tema Salji. Sudah lama kami berangan-angan untuk membina orang salji laksana Olaf, karakter dalam filem Frozen. Kami memang sentiasa termimpi-mimpi negara Johor ini akan menjadi seperti Negara Princess Elsa & Princess Anna itu. Sekali lagi kami menyembah takzim dan menjunjung kasih dengan kurniaan yang tidak terperi ini.

Daulat Tuanku

Kami sebagai anak muda pewaris masa depan negara Johor ingin memberikan amaran kepada kumpulan dan NGO ekstremis Melayu seperti Perkasa dan lain-lain agar jangan pandai-pandai hendak membantah segala kepesatan pembangunan ini. Lebih baik kamu semua menyokong. Daripada pegangan Melayu terlepas kepada warga Singapura, adalah sangat mulia sekali jika kita dengan rela hati memberikan tanah-tanah kita ini kepada mereka-mereka yang berasal dari Tanah Besar China.

Tindakan ini juga merupakan satu lagi tindakan yang mencerminkan kecerdikan orang Johor dalam melakukan diplomasi dan mentadbir negara tercinta ini. Tidak perlu untuk membela beruang panda, cukup sekadar kita berikan tanah yang berhektar-hektar kepada konglomerat Tanah Besar China. Sudah pastilah kita akan menerima sokongan dan keuntungan yang banyak daripada negara China.

Daulat Tuanku

Orang-orang di Persekutuan dan bukan rakyat jati negara Johor jangan berani-berani hendak memberikan komen mengenai perkara ini. Ini amaran kami. Kami tidak kisah. Kami rela menggadai tanah-tanah kami di Iskandar Malaysia asalkan wujud peluang pekerjaan yang lumayan. Hari ini tiada lagi anak-anak Johor yang bekerja di restoran makanan segera. Kami telah menjadi seperti rakyat Dubai. Kami memandu Ford Mustang, Lamborghini, Hummer. Kami berbelanja di Paris, London, New York.

Dan akhir sekali, kami juga mendesak agar disegerakan pengenalan zon antarabangsa yang dicadangkan. Dengan keluasan tanah yang telah kita sedekahkan kepada konglomerat Tanah Besar China dan pengumuman Persekutuan untuk memansuhkan visa pelancong warga China, kami amat berharap di zon antarabangsa ini akan muncul rumah-rumah urut dan akuarium-akuarium gadis umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kami juga berharap agar harga urutan dan servis B2B di Iskandar Malaysia akan dapat diturunkan dengan drastik pada tahun ini sebagai satu lagi subsidi kepada rakyat.

Daulat Tuanku

Akhir kalam, kami tidak dapat untuk menggambarkan keterujaan kami untuk melihat kesemua kondominium ini berdiri megah di bumi Johor. Kami sangat tidak sabar untuk berlari-lari di hadapan kondominium ini sambil menjilat aiskrim. Kami sangat tidak sabar sekali. Kami juga begitu teruja menanti kehadiran Optimus Prime.

Kami sekali lagi menjunjung kasih setia dan merafak sembah tahniah kepada DYMM Baginda Tuanku Sultan diatas kecerdikan dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di bumi tercinta ini. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia Tuanku.

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Sekian,

Salam Muafakat Johor

Hadril Ridzal
Penyelaras SAMM Johor





In a statement replete with sarcasm released 21stJanuary 2015, non-governmental organization, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, congratulated the state for securing high cost property developments, especially by Communist China (PRC) companies. These projects are largely beyond the reach of Malaysians, Johoreans in particular.

The statement seemingly prompted by the announcement of another deal involving Shanghai state government linked-Greenland Group and Iskandar Waterfront City Bhd to develop the Tebrau Bay Waterfront City.

The deal is reported to be worth RM2.4 billion to develop 128 acres of land which will boast among other attractions and facilities, a snow world theme park, an opera house, a hospital specialising in Chinese traditional medicine and a school.

In a cynical reference to the movie 'Frozen', SAMM said that the people of Johor have been waiting for a snow theme park to realise the dream of Johoreans for the country to be like the country of Princess Elsa and Anna.


This represents the second project by Greenland. Last April, it also invested RM600 million for the joint-development of 13.6 acres in Danga Bay with Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), where a RM2.2 billion integrated mixed property project is coming up, including the recently-launched 'Jade Palace' luxury condominiums. (source: The Edge).

We meet with SAMM Johor coordinator Hadzril Ridzal and asked him, why the sarcasm? Why not just ‘come out with it’?

9 comments:

  1. Anonymous2:09 PM

    INILAH AKIBATNYE KERAJAAN PASOLA INI DI BARIS DAF DAF TERHORMAT YANG TERDIRI DARI PENYANGAK ,PEMYAMUN, PEROMPAK DANA NEGARA SERTA MENINDAS RAKYAT NEGARA DENGAN PELBAGAI CARA SAPERTI GST,TRASFORMASI DAN SEBAGAIMYE BAGI MEMBANTU MENUTUP SONGLAP MEREKA INI.BUKAN DIJOHORE SAHAJA MALAH KEBANYAKAN NEGERI SUDAH TERJADI SEBEGINI RUPA ADA YANG LEBIH DASYAT LAGI SEHINGGA TANAH YAYASAN NEGERI PUN DISAPU UNTUK KEPENTING DIRI.WAAHALNYE UNTUK ANAK ANAK NEGERI MENIKMATI DERMA SISWA UNTUK PEMBELAJARAN MEREKA.KERAJAAN PASOLA INI TELAH MELANTIK KUNCU KUNCU UNTUK MENGETUAI KUASA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAAN SERTA DISUMBATKAN PELBAGAI INSINTIVE SERTA KEBANGAAN.DAN SETERUSNYE PENGUASA KERAJAAN PASOLA INI AKAN MELINDUNGI PENGKHIANAT INI DARI DIHUKUM MAU PUN DIAMBIL TINDAKAN.MAU PUN ADA DIKALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN INI YANG TIDAK TERBABIT BERSAMA MEREKA INI PALBAGAI TINDAKAN AKAN DIA,BIL BAFI MEREALISASIKAN AGENDA MEREKA INI.KOMEN DALAM TWEET PUN AKAN DIAMBIL TINDAKAN SEDANG KECURIAN DANA NEGARA BERBILLION BILLION RINGGIT TIDAK ADA SEBARANG TINDAKAN.NEGARA INI SUDAH JAUH MARUAH NYE,TIADA MERTABATNYE APABILA SEMUA SANG PEMINPIN ADA HAAK MENYAPU NEGARA DENGAN TIADA KESALAHAN.PEMBELAAN OLEH PENGUASA TERTINGGI DAALAM KERAJAAN INI MENGAKIBATKAN RAKYAT AKAN TERUS DIBELENGGU DALAM DAIF DAN KEMISKINAN.MOGA MOGA AKAN TIMBUL SERTA BANGKIT PEJUANG PEJUANG BERANI BAGI MENGHAPUSKAN PUAK PUAK INI HINGGA KEZURIAT MEREKA AMIN YA RABALAMIN

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:53 PM

    Johor dilanggar todak.

    dari dulu hamba dah tulis surat terbuka kpd Sultan Johor. tp selepas baginda mangkat, harap ada yg menasihati baginda.

    ReplyDelete
  3. rakyat jadi penonton je. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:33 AM

      Senang je tipu Rakyat, buat China developers tu jadi JDT sponsors dan pump in duit banyak2 beli dan gajikan star players, buat orang Johor asyik tonton bola. Bila dah asyik bersorak kat stadium, tak sedar tanah negeri perlahan2 kena jual kat orang asing, lol.

      Delete
  4. vinnan9:57 AM

    Semua tanah yang dijual kepada syarikat Cina ialah tanah tambakan. Satu inci pun tanah tak disentuh. Mengapa tak bising tentang Iskandar yang dicuri UMNO. Semua pemaju Iskandar dari KL. Beli tanah dari orang Johor murah-murah jual condo mahal, untung bawa balik KL.

    Daulat Tuanku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:09 AM

      selagi tu dlm kwsn malaysia n negeri johor x kira la tmbak ke tak ia tetap dlm negara malaysia...mmg die import tanh utk ditambk dari singapura ke?

      Delete
    2. Anonymous10:20 AM

      haha @vinnan, really satu inci tanah pun tak disentuh? Statement paling bebal. Lu rasa tanah dia guna untuk reclaim (tambak laut) tu, sentuh dan ambil dari mana? Bukan tanah Johor sendiri ke ha?

      Btw, untung yang China developers dapat tu, oh bawa balik ke Antartica ye rupanya...Ingatkan diorang bawa balik Guangzhou, Shanghai, Beijing...


      Delete
  5. Dah lama dahhhh...dah abih tergadai dah... sap pun tak ambil peduli.. dan yg pailing malang sekali org melayu ditipu hidup2 dgn slogan ketuanan melayu... tanah rezab pun dah hanchuss....

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:24 PM

    pastikan tanah kubur utk org melayu cukup. tu je

    kita tak mau la mati dibakar.

    jadilah

    ReplyDelete