Sunday, January 25, 2015

Durjana Mahathir, Penzalim Kuku Besi Dalam Negara

Tun Mahathir mempunyai kaedah atau modus operandi yang sama setiap kali beliau menjatuhkan lawan politiknya. Ada sahaja isu yang diciptakan oleh beliau. Isu Memali untuk jatuhkan Tun Musa Hitam, fitnah liwat untuk jatuh DS Anwar Ibrahim, isu budak tingkat 4 untuk jatuhkan Tun Abdullah Badawi, dan sekarang isu 1MDB utk jatuh PM Najib. Semuanya taktik yang sudah basi dan boleh diagak.

Sewaktu dibuang dari UMNO, dia menulis sebuah buku yang dinamakan Dilema Melayu atau Malay Dilemma untuk jatuhkan almarhum Tuanku Abdul Rahman yang disayangi rakyat jelata ketika itu. Beliau mengecam pimpinan tertinggi UMNO ketika itu dan memberikan gambaran kononnya beliau dizalimi. Beliau memperalatkan pentas pembangkang dan gerakan mahasiswa progresif untuk menyerang almarhum Tunku. Antara pemimpin mahasiswa yang diperalatkan termasuklah DS Anwar sendiri.

Setelah beliau memegang tampuk kuasa pemerintahan, beliau mengaplikasikan segala bentuk ugutan , penangkapan, siksaan serta pemenjaraan ala penjajah yang di luar batas manusiawi terhadap ke semua seteru politiknya. Beliau merencanakan serangan dan penghinaan terhadap institusi Raja-raja Melayu bagi mengukuhkan cengkaman politiknya terhadap orang melayu, khususnya yang berada di dalam UMNO.

Zaman Mahathir jugalah Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara dipecat dan Almarhum Dato' Mufti Haji Ishak Baharom, mufti Selangor dipecat demi memastikan setiap cabang pentadbiran negara berada di bawah telunjuk kuku besi Mahathir. Malah, beliau sanggup melaksanakan langkah mengharamkan UMNO lama selepas beliau sedar pengaruh beliau makin terhakis di dalam UMNO.

Itulah Mahathir yg sebenarnya. Bicara dan senyuman manis hanya sekadar topeng dunia untuk menutup kebejatan dirinya.

No comments:

Post a Comment