Wednesday, September 03, 2014

Kecewa dengan Hj Hadi, fitnah dan mengelak.

** kenyataan ini perlu dibaca dengan surat terbuka saya kepada Hj hadi sebelum ini untuk lebih memahami isu sila klik 

Kenyataan Umum

3 September 2014

KECEWA DENGAN TG HJ. HADI, FITNAH DAN ELAK TANGGUNGJAWAB


  1. Pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas saya telah bertanding di DUN Sg. Acheh atas arahan parti yang saya anggotai. Ketika hari penamaan calon telah hampir, saya telah dimaklumkan dengan cakap-cakap perbagai pihak bahawa PAS juga akan meletakkan calon. Perbagai usaha saya lakukan yang mana akhirnya saya mendapat jaminan PAS tidak akan meletakkan calon maka saya sedia menghantar pencalonan.
  2. Malangnya hari penamaan calon PAS tetap menghantar calon dengan watikah rasmi PAS. Ini amat mengecewakan. Malah peristiwa menghalang dengan kasar pada hari penamaan calon dikesali. Saya sendiri ada bertemu dengan Jentera PAS yang diketuai YDP PAS N.Tebal mereka berkeras bertanding kerana mereka mengatakan mereka telah lama bersabar dan mereka ada strategi dan cara untuk menang. Dalam pertemuan tersebut juga disebut mengenai kekasaran di hari penamaan calon.
  3. Saya kemudian telah bertemu sendiri Datuk Seri Abd Hadi Awang, Presiden PAS mendapatkan kedudukan sebenar. Beliau sendiri bercakap dengan saya supaya teruskan kempen, PAS telah tarik diri dan pengumuman rasmi telah pun dibuat.
  4. Di kawasan DUN Sg. Acheh ia tidak sebegitu malah kempen diteruskan dengan kasar. Bukan penyokong biasa tetapi YDP PAS N.Tebal sendiri telah ditahan oleh petugas PKR mencuri bahan kempen yang digantung oleh kami. Walaupun dibawa ke balai polis malam tersebut tetapi hanya direkod saya sendiri meminta jasa baik semua jangan dibuat laporan polis kerana menjaga air muka orang tua.
  5. Calon PAS Dun Sg. Acheh sendiri turun berkempen dan dalam ceramahnya jelas ia menyebut ia diarahkan oleh Ketua Pemuda PAS (pada masa itu Nasaruddin Hasan) untuk balik ke Sg. Acheh dan berkempen. Malah sehingga hari pengundian PAS terus berkempen mengelirukan pengundi. Antara yang diedarkan dikawasan pengundi bukan Melayu ialah gambar Lim Guan Eng seolah bertanding dengan logo PAS.
  6. Semua lebih parah apabila Presiden PAS sendiri memberikan ucapan PAS menghantar calon 3 penjuru kerana calon PR yang diletakkan terlibat menjual Pil Kuda, sokong komunis (mengangkat Lenin dll sebagai nabi) dan perbagai tuduhan lain

    hampir semua media melaporkan fitnah Hj Hadi dan menyiarkan nama saya bukan itu sahaja jentera dibawah turut memanjangkan fitnah tersebut, malah ia tidak terhenti dengan tamatnya PRU ke 13 sahaja
  7. Ini menyemarakkan lagi taktik jahat dibawah termasuk fitnah. Calon PAS dan Bn bergabung menyerang saya. Sudah tentu taktik nakal PAS ini sangat memberikan semula nafas kepada jentera Bn tempatan yang seolah lumpuh awalnya.
  8. Apa pun keputusanya saya mengagap ia sebagai perancangan Allah yang penuh hikmah dan saya ambil pengajaranya. Cuma dari segi fitnah ke atas diri saya yang terpalit keluarga saya mohon bersihkan. Saya telah usaha menghantar beberapa surat sejak dari selesai dari PRU 13. Saya juga telah berpesan dengan beberapa individu yang saya rasa mampu menyampaikan pesan kepada Hj Hadi, namun semuanya tak mendapat respon. Saya cuma mahu Hj. Hadi membersihkan nama saya atau mendedahkan mana dan siapa sumber maklumat sehingga beliau mengeluarkan ayat fitnah tersebut.
  9. Saya juga telah menulis kenyataan terbuka yang saya hantar ke semua saluran elektronik berkaitan Hj. Hadi seperti twitter, email dan sebagainya termasuk bukan sahaja beliau secara peribadi tetapi PAS pusat sendiri. Sila klik dan baca serta fahamkan kenyataan terbuka sayadengan klik sini.
  10. Namun eidulFitri yang lepas saya pulang ke kampung (Sg. Acheh) nampaknya fitnah tidak terhenti, kesian dengan saudara mara dan teman - teman saya terpaksa tanpa henti cuba menerangkan apa terjadi. Saya tidak punya banyak pilihan saya telah bertemu peguam Tentuan Vasudevan A & Co. untuk mengarahkan satu surat tuntutan undang - undang dikeluarkan. Maka satu surat bertarikh 6 Ogos 2014 telah dikeluarkan. Dihantar melalui pos dan hantaran tangan.

  11. Surat hantaran tangan ke Pej. Presiden PAS di Pejabat Agong PAS telah diterima pada 8 Ogos 2014 iaitu hari Jumaat dimana Terengganu cuti dan Pusat Khidmat Parlimen Marang tutup. Namun sehari selepas surat itu sampai di Ibu Pejabat PAS saya dihubungi ramai wartawan. Saya pelik bagaimana wartawan boleh tahu tetapi sms wartawan TV3 jelas menyebut mendapat maklumat dari sumber PAS menyatakan saya hantar surat tuntutan undang - undang. Malah setelah diperiksa beberapa akaun FB penyokong tegar Hj. Hadi turut menyiarkan imej surat yang merupakan salinan kepada Hj Hadi. Ini tidak sepatutnya berlaku.
  12. Bermula 11 Ogos 2014 usaha menyampaikan surat di Pusat Khidmat Parlimen Marang dilakukan. Malangnya petugas di pusat khidmat tersebut enggan menerima surat tersebut. Katanya dia tidak ada kuasa menerima surat. Lucu sekali, seolah ada arahan agar lari dari tanggungjawab. Apa yang perlu ditakutkan ?

  13. Sangat kecewa dengan perkembangan ini. Hambur fitnah dan seolah lari dari tanggungjawab, saya cuma menuntut hak nama saya dibersihkan. Ada yang mencadangkan tulislah surat kepada Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang baru 'melantik' Hj Hadi dalam jawatan peringkat antarabangsa. Mungkin Sheikh Yusof boleh menasihatkan Hj. Hadi mengenai hukum fitnah dan meminta maaf. Namun saya rasanya ia agak keterlaluan tetapi tidak menolak kemungkinan itu.
  14. Saya minta semua agar faham ini tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya terlibat, ini adalah urusan saya dan Hj. Hadi secara peribadi.  Saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang - undang ini. Perlu tigeaskan ini bukan soal wang tetapi soal maruah. Malah saya telah memutuskan apa yang saya perolehi dari saman ini nanti sebahagian besar akan disumbangkan kepada Unit Amal satu badan sukarela dibawah PAS yang banyak menggerakkan kerja kebajikan dan seumpamanya sebagai menghormati sumbangan Unit Amal dalam perjuangan.
Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Bekas Calon Pakatan Rakyat (PKR)
DUN Sg. Acheh,

Pulau Pinang.


** sila baca juga surat terbuka saya kepada Hj hadi sebelum ini untuk lebih memahami isu sila klik 

3 comments:

  1. Saya turut simpati dengan sdr. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada sdr dalam menangani perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:58 PM

    syabas chegubard.. semoga menjadi pengajaran kepada ulama lain.. saman untuk pengajaran bukan untuk menjatuhkan..

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:52 AM

    Tulis saja kat Yusof Qardawi...orang macam ini layak ke?

    ReplyDelete